Tuesday, 26 July 2011

Rompak Bank Guna Sudu

image

Seorang perompak cuba merompak sebuah bank di Lublin,Poland.Tetapi dia hanya bersenjatakan sudu untuk menakutkan orang di dalam bank tersebut.Staf bank menolak untuk mengeluarkan wang setelah mengetahui lelaki tersebut hanya bersenjatakan sudu.Lelaki yang cuba merompak itu akhirnya diketawakan oleh mangsa-mangsanya dan pergi dari situ dengan tangan kosong.

Bank Lublin,Poland

Walaubagaimana pun,pihak polis tidak memandang ringan kes ini dan cuba ,menyiasat.Jurucakap polis Renata laszczka-berkata. "Ianya adalah satu perkara yang pelik,tetapi dia telah melanggar undang-undang dan kami akan mencarinya."

Friday, 1 July 2011

Lupakan Anak Kerana Ketagih Video Game

Di Nevada,Amerika Syarikat,sepasang suami isteri dihadapkan ke mahkamah kerana gagal memelihara dua anak mereka dengan sempurna sehingga menyebabkan kedua-dua anak itu kebuluran.Michael dan Lana Straw,didapati tidak memberikan makanan kepada anak mereka.


Kedua anak mereka mengalami kekurangan zat makanan,akibatnya anak mereka mengalami tahap kesihatan yang teruk.Kedua-dua pasangan terbabit,terlalu ketagih kepada video game.Anak lelaki pasangan ini yang berusia 10 bulan mengalami masalah jangkitan kuman pada kelamin serta kemerosotan tumbesaran otot.manakala,bayi pasangan ini berusia 11 bulan mengalami jangkitan kuman di mulut serta kesan penghidratan yang ketara.Sewaktu,dibawa ke hospital, rambut kanak-kanak ini dipenuhi dengan air kencing kucing.




Menurut Pendakwa Raya,Kelli Ann Viloria,pasangan ini pasangan ini bukan tidak ada makanan tetapi mereka tidak memberikan makanan kepada anak-anak mereka.Mereka gagal dan cuai menjadi ibubapa hanya kerana ketagih permainan video.Selepas didapati bersalah,mereka dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.