Asalammualaikum pembaca sekalian,semenjak Obama mengisyhtiharkan bahawa Osama bin laden telah percaya dibunuh,pelbagai reaksi yang timbul,ada yang mengatakan gambar kematian Osama adalah palsu....dan yang terbaru,ada sesetengah pihak mengatakan OSAMA BIN LADEN TIDAK PERNAH WUJUD.....yang ada hanyalah Tim Osman,seorang Ejen CIA.Sila baca petikandi bawah.
Sumber kajian the truth movement of 9/11 melaporkan, nama Osama Laden tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. al-Qaeda juga tidak pernah wujud kerana wartawan British pernah mendedahkan bahawa rakyat Afghans sebelum ini tidak pernah mendengar nama Osama Laden @ al-Qaeda.
Kedua-duanya adalah dongeng Amerika (Pax Americana) untuk menjayakan konspirasi 9/11 untuk menjadikan Islam sebagai sasaran. Yang wujud hanyalah Taliban sahaja! al-Jazeera-lah punca kita semua mempercayai bahawa al-Qaeda dan Osama itu benar-benar wujud. al-Jazeera telah disahkan mempunyai hubungan sulit dengan kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti-pengganas.
Berita tentang kematian kononnya mayat Osama Laden hari ini hanyalah sandiwara AS dalam menjayakan misi berangkai (Britannica-Americana-Judaica), yang sebenarnya, kematian tersebut sebagai simbolik yang menandakan telah berakhirnya (telah berjaya) konspirasi 9/11 selepas dijayakan 10 tahun lalu dan AS sudah boleh menutup buku konspirasi tersebut kepada dunia.
Apa yang berlaku hanyalah pembunuhan karektor Osama Bin Laden dan bukan jasadnya sebagai tanda tamatnya misi 'memerangi pengganas' dalam dunia Islam dan babak baru akan berlaku sedikit masa lagi. Persoalannya, tidakkah timbul perasaan ingin tahu dalam diri kita, bahawa segala berita-berita berkaitan Osama Laden hanya al-Jazeera-lah yang paling awal menyiarkan dan mendedahkan video footage atau rakaman percakapan beliau..? hairan...? kita rakyat di Malaysia kebanyakannya percaya oleh kerana kita hanya mendapat info dan berita dari satu sumber sahaja iaitu mainstream media yang menjadi pewaris kepada media propaganda Barat.
Lihatlah, apabila Pejuang Islam dikatakan (RTM, TV3, Utusan) sebagai pengganas. Minda rakyat Malaysia perlu dibuka dan dibasuh kerana sekian lama terpenjara dalam penjajahan minda oleh Barat. Di dalam kita asyik dihidangkan oleh politik lokal, adakalanya kita perlu ada inkuiri terhadap politik luar dari sumber-sumber yang sahih dari internet.
Dari perspektif eschatologi Islam pula, kematian yang kononnya 'osama laden' adalah suatu indikator yang penting kepada sejarah dunia order baru, dimana ia menunjukkan bahawa misi 9/11 (kemuncak Pax Americana) atau lebih tepat misi menjadikan Islam sebagai sasaran sudah berjaya selepas 10 tahun nama Osama Laden di jadikan kambing hitam untuk menyerang dunia Islam. Indikator ini menunjukkan bahawa misi Pax Americana telah dan hampir berjaya dan kini tiba sedikit masanya lagi kita menunggu ia akan beralih pula tangan kepada Israel (Pax Judaica) untuk melengkap misi agung The Anti-Christ (al-Masih). Allahu A'lam.
Dari pandangan hadis Sahih Muslim. Justifikasi kepada kejadian inilah yang dikatakan bahawa Pax Judaica akan mengambil alih dari Pax Americana sedikit masa sahaja lagi adalah untuk menjayakan misi dalam merintis jalan kepada The Anti-Christ (al-Massih) mewujudkan politically monarchy di Israel dan seterusnya memerintah dari Jerusalem sebagai Raja Israel (Zaman kegemilangan II selepas takhta Nabi Sulaiman a.s sebagai Zaman Kgemilangan I). Sila rujuk 'a day like a month' to 'a day like a week' iaitu yaumun ka sahrun - yaumun ka jum'ah sebelum Sea of Galilee kering sepenuhnya yang dijangka saintis yahudi kurang 50 tahun lagi. sedikit masa sahaja lagi. Allahu A'lam.
Untuk lebih memahami pengajian Eschatologi Islam, sila rujuk artikel-artikel sebelum ini. Segala justifikasi kepada kaedah Hadis ini dirujuk dari Guru-ku, Sheikh Imran Nazar. Hosein. Beliau tidak memaksa umat Islam mempercayai segala kajian dan kata-katanya di dalam kaedah Eschatologi Islam, akan tetapi beliau pernah berkata "apabila kebenaran itu hadir, anda kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga", merujuk kepada kejatuhan nilai Dollar AS dan peralihan kepada Electronic Money pada hari ini telah berada dalam beberapa kajian dan buku beliau 15 tahun lepas.
Kepada yang baru mengenali Eschatologi Islam, bacaan ini agak berat untuk difahami, rujuklah artikel-artikel sebelum ini, sesungguhnya, ia akan membantu kita semua dalam pemahaman tentang plot dunia order baru di akhir zaman. Allahu A'lam. Eschatologi Islam adalah bukan satu bidang pencerapan atau penilikan dan Sheikh Imran Hosein bukanlah seorang ahli nujum. Ianya suatu kaedah yang dibongkar dan dibuat justifikasi dari al-Quran dan Hadis Sahih untuk 'membaca' proses akhir zaman yang telah, sedang dan akan berlaku. Sebagai contoh, matahari akan terbit dari Barat adalah merupakan suatu tanda besar akhir zaman. Inilah Eschatologi Islam. Allahu A'lam.
Gambar ini dikatakan palsu
Bila difikirkan semula,benarkah Osama bin Laden wujud atau hanya watak yang dicipta oleh Barat
untuk memburukkan ISLAM
Kronologi Yang Hampir Membongkar Konspirasi Kematian Osama Bin Laden

Kronologi 1: Lemahnya CIA dan FBI Amerika!
-Seperti yang digembar-gemburkan, diangung-agungkan dalam tv dan filem, kehebatan CIA dan FBI amerika dalam menangkap penjenayah yang canggih dan berteknologi dalam masa beberapa hari sahaja namun mengambil masa 10 tahun untuk menangkap Osama yang sederhana?. Adakah Osama begitu sukar ditangkap ataupun semamangnya tidak wujud?
Kronologi 2: Kepalsuan dalam gambar kematian Osama
- Kelemahan dalam pengeditan gambar ini yang mana gambar Osama telah dicantumkan dengan gambar mayat orang lain yang terbunuh pada tahun 2009 (Menurut web themedialine.org pada 29 April 2009)
- Dalam pada asakan dunia yang inginkan lebih gambar kematian Osama untuk membuktikan kesahihan kematian Osama, presaden Barrack Obama dan pengarah CIA keberatan untuk menujukan gambar set ke 2 dan set ke 3 dengan alasan kononnya ia amat menggerikan dan atas dasar MENGHORMATI SI MATI?. Mereka juga mendakwa akan menunjukkan gambar set 2 dan 3 kemudian (Mungkinkah sekarang mereka tengah edit?)
Kronologi 3: Mayat Disemadikan Didasar Laut
- Sungguh kelakar bila mereka mengatakan tidak mahu menayangkan gambar set kedua dan ketiga Osama atas dasar “menghormati” simati. Namun dimana dasar menghormatinya bila Osama disemadikan didasar laut?, bukankah dia patut disemadikan menurut cara islam?. Tindakan ini telah mewujudkan lompang dalam konspirasi mereka dimana mereka akan sedaya upaya menghapuskan bukti dan tidak mahu mayat Osama dicari, dikaji atau dipuja bila mereka menyemadikannya di perkuburan. Dikhuatiri rahsia konspirasi mereka terbongkar.
Kronologi 4: Mengapa Osama Dibunuh Pada Tahun 2011?
-Sejak zaman pemerintahan Bush lagi Osama Bin Laden telah diburu sehinggalah Barrrack Obama naik sebagai presiden, dan pemburuan Osama masih diteruskan tetapi tidak sehebat dan semantap ketika pemerintahan Bush. Setelah memegang tampuk pemerintahan, populariti barrack Obama terjejas kerana krisis ekonomi dan kenaikan harga minyak. Barrack yang mahu menyambung pemerintahan untuk penggal kedua pada tahun hadapan iaitu 2012 perlu mencari jalan menaikkan semula popularitinya. Stela Barrack Obama mengumumkan kematian Osama Bin Laden, popularitinya meningkat dan terus meningkat. Jadi, mungkinkah ia ada kaitan dengan kematian Osama pada tahun 2011 ini?
Kronologi 5: Bagaimana Osama Dibunuh?
-Terkoyak lagi konspirasi Amerika bilamana mereka mengubah cerita tentang kematian Osama Bin Laden dimana sebelum ini mereka mendakwa Osama ditembak mati ketika memegang Raifal AK-47. Kini sebaliknya pula yang diberitahu bahawa Osama sebenarnya tidak memegang apa-apa senjata ketika dibunuh. Percanggahan pendapat berlaku antara pegawai CIA, isteri dan anak perempuan Osama yang berumur 12 tahun.
p/s: Sebenarnya banyak lagi kronologi-kronologi lain yang akan membongkar konspirasi mereka. Bila satu dunia sudah mengesyaki, mereka akan jadi tak tentu arah maka semua yang dibuat jadi tak betul. Kita nantikan apa tindakan bodoh mereka seterusnya nanti..


No comments:
Post a Comment